1. Penggunaan website
simerapu.com ialah laman rasmi Si Merapu untuk memaparkan dan menjual produk digital termasuk ebook. Dengan menggunakan website atau membeli produk, anda bersetuju dengan terma ini.
2. Lesen produk digital
Pembelian ebook memberikan lesen peribadi, terhad dan tidak boleh dipindah milik untuk membaca serta menyimpan salinan bagi kegunaan sendiri.
- Dilarang menjual semula atau mengedarkan fail kepada pihak lain.
- Dilarang memuat naik fail penuh ke laman awam atau platform perkongsian.
- Dilarang mengubah kandungan untuk mendakwa karya tersebut sebagai karya sendiri.
3. Pembayaran
Pembayaran diproses melalui Stripe Checkout. Harga dan mata wang yang dipaparkan ketika checkout ialah harga yang terpakai pada transaksi tersebut, tertakluk kepada caj bank atau penyedia pembayaran yang berkenaan.
4. Penghantaran ebook
Selepas pembayaran disahkan, sistem akan menghantar email dengan pautan muat turun. Pautan tersebut pada masa ini sah selama 7 hari. Pembeli bertanggungjawab memastikan alamat email ketika checkout adalah betul.
5. Gangguan teknikal
Gangguan sementara boleh berlaku akibat rangkaian, penyelenggaraan atau penyedia pihak ketiga. Jika pembayaran telah berjaya tetapi akses tidak diterima, hubungi kami untuk semakan.
6. Perubahan
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi pada website ialah versi semasa.
Untuk bantuan pembelian atau akses, gunakan borang Hubungi atau email support@simerapu.com.